Ketika ramai tertanya-tanya apakah jantina anak kepada pendakwah
selebriti Ustaz Don, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki
yang selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir. Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu, isteri
personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi
lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.
“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya
bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan
kelahiran itu,” katanya. Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30,
dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat
bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).
Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi
berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat
3.5 kilogram. Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.
-- Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
-- Pencetus Ummah Akhir Pak Nil Dipertikai Sebagai Juri (Gambar)
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
No comments:
Post a Comment