ad ld

Showing posts with label Harga minyak. Show all posts
Showing posts with label Harga minyak. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Harga Minyak Ron 95 Dan Ron 97 Naik Lagi 3 Sen Diesel Naik 2 Sen

Harga minyak naik lagi minggu ni beb, walaupun 3 sen je katanya tapi agak ketara juga perbezaan dalam penggunaan harian terutama golongan yang berulang alik ke tempat kerja yg agak jauh. Mulai malam ni 12.01am 26/10/17, Ron 95 dan Ron 97 naik 3 sen manakala diesel pula naik 2 sen.

Uolls yang dekat dengan stesen minyak tu boleh la isi full tank sambil2 lalu kan hehe.. Esok mungkin ramai yang agak behave memandu kan, minyak mahal katakan hikhik..

Friday, January 24, 2014

Minyak RON95 Akan Dihadkan Untuk Rakyat Miskin Sahaja

Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.


"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95." Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Wednesday, November 3, 2010

(Gambar) Harga Petrol RON 97 Naik 5 Sen (RM2.15), RON 95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Friday, July 16, 2010

Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal. - bharian

    Thursday, July 15, 2010

    Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok

    PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok (16 Julai).

    Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

    Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.
    "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. "Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya. - mstar