ad ld

Showing posts with label kelas linus sekolah rendah. Show all posts
Showing posts with label kelas linus sekolah rendah. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Anak Sekolah Darjah 2 Dah, Rasa Macam Baru Je Tengok Hanim Lahir

Kak Hanim sekolah darjah 2 dah, tapi rasa macam semalam je tengok dia baby lagi. Cepat masa berlalu kan..sob sob sob. Kedah start sekolah 1.1.14, so bermula lah jadual baru untuk kakak sebab sekolah sesi petang plak. No more tengok sponge bob kul 5pm, main kejar kejar dgn kengkawan or keluar meronda naik motor dgn Abah pengasuhnya.


Sekolah sesi petang maybe kakak penat la skit mula mula kan. In shaa Allah dpt adapt dgn keadaan secepat mungkin ye. Kul 6.30pm baru blk sekolah, biasanya sebelum ni dah bersantai kt umah kan kak. Redha je lah demi menimba ilmu kan. Semoga kak Hanim dpt belajar dgn sempurna, tenang, happy dan dipermudahkan segalanya juga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

--  Si Kembar Teman Kak Hanim Beli Kelengkapan Sekolah
--  Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
--  Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah 

Monday, July 1, 2013

Monsters University Di Grand Cineplex Village Mall Jom Dating

Monsters University citer best especially untuk tengok bersama anak. Last week masa ambik Hanim balik school, dia kata cikgu ada bagi surat untuk mama papa. Suspen jap surat apa plak kan. Then mama baca tengok,' Tahniah, anak tuan puan yang bernama Haleeda Hanim berjaya masuk ke kelas khas Ibnu Sina mulai esok. Terima kasih kerana bekerjasama dengan pihak sekolah menjayakan program Linus demi kejayaan anak anak'.


Wah tahniah kakak Hanim, dapat masuk kelas Ibnu Sina, mama papa bangga dgn kakak, kata mama. Then Hanim jawap,'Tq mama papa, jgn lupa janji mama 10 permintaan kalau kakak dpt masuk Ibnu Sina ok'. Alahai dah tuntut janji tu. Memang sblm ni papa dia selalu cakap kat Hanim,' Kakak belajar elok2 kat school, dengar cakap cikgu betul2, buat apa yg cikgu suruh tu cantik2, bagi semua betul baru lah dpt masuk Ibnu Sina. Hanim tanya,'Kalau kakak dpt masuk kelas Ibnu Sina,   mama papa nak bagi something ke?


Mama penah cakap,'Kakak akan dapat 10 permintaan, tapi mama papa kena fikir dulu permintaan tu ok ke tak. Spontan papa dia buat muka terkejut,'10 tu syg, biar betul! Sambil tepuk dahi..kih3.

Maka, tengok citer di cinema permintaan pertama lah ni. Balik school terus singgah Grand Cineplex Village Mall Lagenda Heights Sg Petani, usha citer apa yg ada, tengok ada Monsters University ok la tu. Beli tiket siap2, pastu balik umah tukar baju sekolah Hanim. Xpe 10 minit je pun dari umah. Best citer Monsters University ni, banyak unsur motivasi. Mike Zawosky watak utama yg kreatif. Tapi tgk citer x smp habis pun, kuar awal nk gi ambik twins kat umah pengasuh plak..huhu.

Uolls dah tengok citer Monsters University tu? Best tak?

-- My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis