Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad
Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan dua minggu lepas, pada Isnin memohon maaf secara terbuka
kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.
Beliau dalam sidang media pada Isnin juga melahirkan rasa
terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam
sanggup memaafkannya. Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan
Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan
sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di
kawasan yang diwakilinya.
"Kemaafan beliau itu sesungguhnya memberikan nafas baharu kepada saya
dan keluarga atas ketelanjuran perbuatan saya terhadap beliau. Saya
dengan penuh penyesalan dan rendah diri ingin memohon maaf secara
terbuka kepada Yang Berhormat P. Kamalanathan," katanya.
Kamalanathan dalam kenyataannya pada Ahad berkata perbuatan Muhammad
Rizuan itu merupakan isu peribadi dan satu tindakan emosi yang tidak
disengajakan dalam kejadian yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu
pada 12 Januari lepas. Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang
tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat
supaya ditukarkan ke Selangor. mstar
-- Farish Aziz Gementar Lihat Isteri Bersalin (Gambar)
-- Guru Denda Murid Makan Rumput Ditukar Sekolah
-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
No comments:
Post a Comment