Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan
berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun,
Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober
lalu. Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah
berkenaan dan menangkap Harun, seorang anak lelakinya serta seorang
wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata, seorang
lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat
pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26
Oktober lalu. Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan
rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan
bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.
“Saya tidak mengesyaki sebarang yang mencurigakan kerana perwatakan
lelaki itu kelihatan biasa dengan mana-mana individu yang bertanya rumah
sewa sebelum ini. “Saya memberikan nombor telefon pemilik rumah itu yang merupakan
seorang guru dan dimaklumkan lelaki itu sewa rumah tersebut sebanyak
RM700 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Roslan berkata, sebelum ini rumah itu dijadikan inap desa dan Harun
adalah penyewa ketiga selepas pensyarah kolej matrikulasi berpindah
kerja ke tempat lain. Katanya, Harun berambut sedikit panjang tidak mesra dengan jiran dan
penduduk di kawasan itu. Lelaki itu juga akan mengelak daripada
bertemu jiran dengan masuk ke dalam rumah apabila terserempak dengan
mana-mana jiran di luar rumah.
“Saya pernah ke rumah dia untuk berkenalan dan mendekatinya sebagai
jiran baru, tetapi rumahnya sentiasa kosong setiap hujung minggu. “Minggu lalu, dia ada hubungi saya minta pertolongan untuk mencari
mekanik kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex rosak,
tetapi beberapa hari kemudian dia memandu kereta jenis kenderaan utiliti
sukan (SUV),” katanya.
Katanya lagi, kira-kira jam 3 petang dia melihat kereta Hundai Starex
Harun berada di hadapan pintu masuk taman tersebut dan tidak lama
kemudian menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan banyak
kenderaan polis berada di rumah jirannya itu. Roslan berkata, rumah berkenaan terletak tiga unit daripada rumahnya
dan terkejut apabila mengetahui jirannya itu adalah suspek yang diburu
pihak polis sebelum ini. “Kelibat Harun tidak pernah dilihat sejak keluarga itu menyewa rumah
berkenaan sehinggalah kes penangkapannya hari ini (semalam)," katanya.
Sementara itu di Kuantan Ketua Polis Pahang, Datuk Shariffuddin Abdul
Ghani mengesahkan Harun ditangkap di Bandar Baru Tangkak, hari ini. Rabu minggu lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan mengeluarkan waran
tangkap terhadap Harun, selepas gagal hadir buat kali kedua untuk proses
pengurusan kesnya semalam. Dia yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan
pertama kesnya, 20 Ogos lepas. Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu
selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin
Ab Manaf. sinarharian
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
-- Hadkan Jangka Hayat Kereta 12 Tahun Demi Keselamatan Rakyat? Apa Kata Rafizi Ramli
No comments:
Post a Comment