ad ld

Thursday, January 23, 2014

Kes Pasangan Sweden Azizul Raheem Awalludin, Usaha Diplomatik Mencukupi

Langkah-langkah diplomatik oleh Kedutaan Malaysia di Sweden sekarang adalah mencukupi bagi membantu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.

"Kita menghormati undang-undang Sweden dan kita tidak mahu memburukkan keadaan tetapi percayalah kami sedang melakukan segala mungkin untuk membantu keluarga itu," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Anifah berkata paling utama ialah kebajikan anak-anak terbabit. "Pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia telah mengunjungi anak-anak berkenaaan dan ibu bapa mereka," kata beliau selepas pertemuan dengan Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar.

Pasangan tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti di negara itu, telah ditahan reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. Keempat-empat anak mereka kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu. mstar

--  Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?

No comments: