ad ld

Showing posts with label jenazah bapa mashitah. Show all posts
Showing posts with label jenazah bapa mashitah. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Bapa Mashitah Ibrahim Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Bahiyah

Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam Selasa. Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada pukul 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.


Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary pada pukul 10.30 pagi. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Mohammed, 78, dan lima anak. Mashitah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Baling berkata sebelum dimasukkan ke hospital pada 25 Disember lepas, bapanya banyak memberi pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi mempertahankan agama Islam.