ad ld

Monday, January 13, 2014

Pembaca Berita TV3 Azawate Zenol Abidin Disamun, Suami Dipukul Depan Rumah

Pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin dan keluarga berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, suaminya berada di luar rumah bersama dua anak lelaki mereka yang berusia dua dan empat tahun, Azawate pula sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.
Secara tiba-tiba, empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan. Suspek telah menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta tolong. Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara.

No comments: