ad ld

Saturday, January 11, 2014

Sepahtu Menang Perodua Alza Undian Tertinggi MLM 2013 (Gambar)

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan memberi kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat. Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza terbaharu.


"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat. Dengan adanya kereta ini, ia akan digunakan sebagai kenderaan Sepahtu untuk kegunaan kerja," kata Jepp, salah seorang ahli Sepahtu. Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama.

Sementara itu, kumpulan Wala yang dianggotai Wan dan Lopz tersingkir selepas diumumkan oleh salah seorang jurinya Luna Maya. Persembahan Wala yang tidak begitu cemerlang membuatkan mereka tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 46 peratus.

Kami terima dengan kekalahan ini, lagipun peluang untuk sampai ke minggu ke sembilan bukannya mudah. "Terima kasih kepada para peminat kerana mengundi. Menerusi program ini membuatkan Wala lebih dikenali ramai dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk kerja-kerja mendatang," kata Wan.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Shiro iaitu 57 peratus dan Comey (56 peratus). Dalam pada itu, antara kumpulan lain yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Nabil, SYJ dan Bocey. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000. MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). mstar

--  Johnny's Steamboat Cheras Memang Sedap
--  Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)
--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang

No comments: