Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr
Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam Selasa. Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada pukul 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary pada pukul 10.30 pagi. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah
Mohammed, 78, dan lima anak. Mashitah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Baling berkata sebelum
dimasukkan ke hospital pada 25 Disember lepas, bapanya banyak memberi
pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi
mempertahankan agama Islam.
