ad ld

Monday, January 27, 2014

Bahagiamu Deritaku Hafiz Juara AJL28 Keputusan Penuh AJL28 (Gambar)

Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.


Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet. Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Penyanyi Jaclyn Victor memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut. Jaclyn membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Hafiz bagaimanapun turut memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. Penyanyi itu menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. petikan mstar

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Cuaca Sejuk Melanda Malaysia, Kota Bharu Kuantan Menyamai Suhu Cameron Highlands
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)

No comments: