ad ld

Showing posts with label punca cuaca sejuk di pantai timur. Show all posts
Showing posts with label punca cuaca sejuk di pantai timur. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Penduduk Pasir Mas Alami Cuaca Sejuk 17'C Ala Cameron Highlands Gitu

Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk. Tinjauan The Star di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.

"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna Mohamad pelajar tahun enam. Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.

Friday, January 24, 2014

Cuaca Sejuk Melanda Malaysia, Kota Bharu Kuantan Menyamai Suhu Cameron Highlands

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana tiupan angin tersebut.

Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah 25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Pada Khamis, Kuala Krai merekodkan bacaan suhu serendah 17.2 darjah Celsius.