ad ld

Thursday, January 23, 2014

Bapa Mashitah Ibrahim Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Bahiyah

Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam Selasa. Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada pukul 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.


Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary pada pukul 10.30 pagi. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Mohammed, 78, dan lima anak. Mashitah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Baling berkata sebelum dimasukkan ke hospital pada 25 Disember lepas, bapanya banyak memberi pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi mempertahankan agama Islam.

"Sebelum ayah tidak sedarkan diri, arwah banyak beri kata-kata perangsang pada saya supaya meneruskan perjuangan dalam bidang yang diceburi mengikut landasan agama. "Arwah merupakan seorang bekas guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi, jadi sejak kecil lagi saya sudah dididik untuk menjadi pejuang sama seperti arwah," katanya kepada pemberita di sini Rabu. Beliau berkata sepanjang tempoh arwah berada di hospital, beliau sentiasa berada di sisi bagi menjaganya. bernama

--  Budak Perempuan Separuh Bogel Mati Dibunuh Di Terengganu, Polis Cari Penyebar Gambar
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Makan Mi Segera Boleh Mati? 

No comments: