ad ld

Monday, January 13, 2014

Makan Mi Segera Boleh Mati?

Mi segera memang salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Tiga tahun yang lalu, Malaysia menjadi tuan rumah kepada '7th World Instant Noodle Summit' dan baru-baru ini, mi segera Pulau Pinang MyKuali White Curry Noodle menjadi kegilaan orang ramai.



Tetapi, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan mi segera boleh menyebabkan anda mati akibat kanser dan juga mati dalam tidur akibat masalah penghadaman (bangungot dalam bahasa Filipina)! Inilah antara 'berita' yang dikongsi di laman sosial Facebook ataupun melalui emel.

Jadi, benar ke tidak yang mi segera mengandungi selaput lilin? Menurut Snopes.com, laman web yang khas menyiasat desas-desus mengenai sesuatu ataupun 'debunk myths' mengatakan bahawa selaput lilin tidak wujud di dalam mi segera ataupun cawan plastik yang digunakan. Selaput yang timbul selepas direndam dengan air mendidih merupakan kanji. Selain itu, jika selaput lilin wujud dalam mi segera, ia tidak akan mengakibatkan kematian.

Kenapa? Setelah makanan memasuki perut manusia, ia akan dicerna dan serta dihadam oleh perut kita. Masalah kesihatan mungkin timbul akibat kandungan selaput lilin yang banyak jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan atau seorang bayi. Namun begitu, mi segera masih mengandungi MSG (Monosodium glutamate) yang tidak elok untuk kesihatan anda. Oleh itu, jangan pula makan mi segera tiap-tiap hari.

--  Johnny's Steamboat Cheras Memang Sedap
--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang 
--  Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: