Lately byk kematian di usia muda disebabkan serangan jantung. Bru je pelakon arwah Faizal Yusof meninggal dunia pd usia 33 tahun, hri ni kuar berita suami pelakon Wilma Muhammad pula maut mangsa serangan jantung pd usia 37 thn. Takziah utk keluarga Wilma. Al-Fatihah. - Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya. "Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat. mstar
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?
-- (Gambar)Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha
6 comments:
hurmm...baru ni jumpa ngan wilma datang opis ngan suami dia...
tapi rasanya kapt mahir mang ada sakit...sebab lesen dia lama gak kami grounded...pepun Allah lebih sayangkan dia kan
al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..
takziah buat wilma ..
Al-Fatihah
mmg lama tak dgr khabar wilma..
al-fatihah.. semoga roh suaminya dicucuri rahmat..
masa kat u dulu, pernah sebilik ngan adik wilma..hehe. tapi ayah lain2 ler, ibu sama
Post a Comment