ad ld

Monday, January 31, 2011

"Bercinta Dgn Org Utan" - Farid Kamil Kecewa

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil kecewa apabila sebuah artikel di ruangan pojok pada sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan.

Menurutnya, walaupun ia ditulis ringkas yang berbunyi, Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.

"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia. "Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.

Tambah pelakon tersebut, dia berharap agar pihak yang mengata buruk tentangnya berfikir sebelum menulis dan tiada lagi kata-kata negatif yang membabitkan haiwan ditujukan kepadanya lagi atau orang lain. Sementara itu, Farid gembira apabila badannya semakin susut dan tidak menggelebeh hasil daripada latihan menunggang kuda sejak beberapa bulan yang lalu.

"Setiap kali saya tidak mempunyai apa-apa kerja, saya akan menghabiskan masa menunggang kuda. "Memang sejak kecil lagi saya meminati sukan polo. Dan alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi ujian Royal Malaysia Polo Club di mana saya boleh menyertai perlawanan kuda jika mahu.

"Justeru itu, saya juga telah membeli seekor kuda untuk memudahkan saya membuat latihan," jelasnya yang sedang sibuk mengarah filem barunya, Petiga. mstar

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

waah siap beli kuda..best tu..hehe..