ad ld

Friday, January 21, 2011

(Gambar) Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Krn Renjatan Elektrik

Berat mata memandang, berat lg kesan yg ditanggung Hairuman. Pd usia bru 22 thn, selain melecur teruk, kedua2 tangan dan ibu jari kaki kirinya turut terpaksa dipotong krn terkena renjatan elektrik voltan tinggi semasa mcari rezeki mengait kelapa sawit. Semoga dia terus tabah jalani kehidupan mendatang.

KLANG 20 Jan. - Selepas dua bulan menderita sakit akibat melecur hampir keseluruhan badan terkena renjatan elektrik, Muhammad Hairuman Miskon akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kedua-dua tangannya perlu dipotong selepas anggota itu tidak boleh diselamatkan lagi.
Tidak cukup dengan itu, doktor juga akan memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelak kesan jangkitan yang boleh memudaratkan anggota badan lain. Keputusan membenarkan doktor memotong kedua-dua tangan dan ibu jari kaki kiri pemuda berusia 22 tahun itu dibuat secara bersama oleh ahli keluarganya yang setia memberi semangat kepada anak yatim piatu itu.

Muhammad Hairuman dibawa masuk ke dewan bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tepat pukul 4.45 petang semalam dan hari ini keadaannya agak stabil selepas menjalani pembedahan dan telah sedarkan diri. Menurut kakaknya, Maryuni Miskon, walaupun dia dan ahli keluarganya berasa berat hati untuk membenarkan pihak hospital memotong tangan adiknya, mereka terpaksa akur kerana ia adalah keputusan terbaik untuk pemuda itu.

"Semasa doktor memaklumkan kepada saya yang tangan adik terpaksa dipotong, fikiran saya buntu terutama ketika memikirkan masa depannya. "Namun, dengan sokongan orang ramai saya yakin adik saya mampu berdikari dan meneruskan kehidupannya seperti biasa," katanya ketika ditemui di HTAR di sini hari ini.

Muhammad Hairuman melecur teruk di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit bersama rakannya di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor dekat sini. Dalam kejadian pada 26 November lalu, mangsa tercampak kira-kira lima meter dengan seluruh badannya berasap setelah galah aluminium yang digunakannya 'terkait' wayar elektrik voltan tinggi.

Sementara itu, Kelab Putera 1Malaysia berjanji menyumbang sepasang tangan palsu untuk Muhammad Hairuman bagi meringankan beban yang ditanggung pemuda itu. Selepas melawat Muhammad Hairuman di HTAR, Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya juga bersetuju untuk menjadikan Muhammad Hairuman sebagai adik angkat kepada Kelab Putera 1Malaysia bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

"Ini adalah kali pertama Kelab Putera 1Malaysia mengambil adik angkat dan untuk itu kita akan memantau segala rawatan susulan yang diperlukannya. "Kami akan terus memberi semangat kepada Muhammad Hairuman supaya dia dapat meneruskan kehidupannya seperti rakan-rakannya yang lain," jelasnya. Dalam lawatan itu, Abdul Azeez turut menyumbang bantuan RM1,500 dan hamper makanan kepada keluarga Muhammad Hairuman.

Abdul Azeez menambah, pihaknya juga akan membantu menyediakan latihan vokasional kepada Muhammad Hairuman supaya pemuda itu mampu berdikari selepas sembuh kelak. "Sebagai adik angkat kepada Kelab Putera 1Malaysia, kami juga akan membantu Muhammad Hairuman memulihkan semangatnya,"katanya. utusan

-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan
-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki 
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda 

3 comments:

ciK mOt ©™ said...

camner la masa depan dia nanti...

mama wanie said...

alahai siannya...

selamat pg...

kayuburuk said...

simpati btol ngn nasib beliau..
percaya la pada Allah utk masa dpannye..harap beliau ngn fmly nya bersabr mngharungi cubaan ini..