ad ld

Sunday, January 9, 2011

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Jd Bapa, Dr Halina Hamil 12 Minggu

Salam.. Dh byk blog yg cer pasal ni, tp hr ni bru kuar paper. Tahniah kpd pasangan 'Wedding of The Year 2010', Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang cahaya mata krn isterinya , Dr Halina Mohd Yunos dh confirm hamil.

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos disahkan mengandung bayi sulung mereka.

Sheikh Muszaphar yang mengesahkan hal itu memberitahu, beliau bersama isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak cukup gembira dengan perkhabaran tersebut.

"Sukar untuk saya
gambarkan perasaan tetapi saya bersyukur dengan zuriat daripada Allah dan ini hadiah yang terbaik untuk kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Sheikh Muszaphar dan Halina selamat diijabkabulkan pada majlis yang penuh gilang- gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Oktober 2010.

Menurut beliau, kandungan Halina kini berusia 12 minggu dan keadaan kesihatan isterinya baik dan tidak banyak kerenah. Beliau mengimpikan untuk dikurniakan anak yang ramai.
"Kalau boleh saya nak 10 orang anak,'' kata Sheikh Muszaphar. kosmo

4 comments:

AesyaZealous said...

pergh. 10

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

oooo..maybe anak dia akan lahir july..ehehhe..teringat dolu2..sy pn kwen oktober..n lekat..then rafiq kuor bulan 7..aggagaga

analia buyani said...

wahhh..dia nak 10 anak...ramainye..

ieda said...

adehh baru 2 bulan jerrr .. kalau ke klinik kerajaan dia suh balik dulu sbb x konperm lagi ..

huhuh tunggulah dah masuk 4 bulan .. baru lah inform .. terlebey xcited nie x baik dan x elok .. hermmmm ..