ad ld

Wednesday, January 26, 2011

(Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

Terharu tgk picca ni. Senyuman terukir lupakan sebentar kesakitan yg dialaminya.

Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi dikunjungi Amy Search di hospital.

Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.

Muhammad Hairuman berkata, segala kesakitan hilang sebaik beliau melihat kehadiran Amy. Terima kasih atas kasih sayang semua kepada saya. Ramai yang memberi pelbagai kata nasihat, pemberian sumbangan dan kehadiran Amy hari ini (semalam) sangat saya hargai,” katanya.

Beliau berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan perkara negatif walaupun terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya (OKU). Saya mahu menyanyi lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu’ bersama Amy. Beliau sumber inspirasi saya,”katanya. bharian 

-- (Gambar) Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Krn Renjatan Elektrik
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh

No comments: