ad ld

Tuesday, January 18, 2011

(Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan

Ngeri btul tgk picca nih.. Kejam giler si pelaku sanggup bunuh remaja 15 thn semata-mata nk tutup jenayah curi motosikal.
 


Anggota polis mengorek tanah tempat mangsa pembunuhan kejam, Taufik Abdul Rahman yang ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. 17 Jan. 2011.

KOTA SAMARAHAN: Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah
rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.

Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal Isnin yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.

"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata, siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.

Polis, kata Abdul Rahman, juga menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membunuh mangsa tidak jauh dari lubang tempat mayat mangsa ditemui. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan terbabit memandangkan mangsa telah mengetahui kegiatan mereka, namun mangsa enggan.

Berikutan kejadian itu, Abdul Rahman berkata, polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai masih bebas dan terbabit dalam pembunuhan kejam itu. mstar

-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Mayat Ketua Jurulatih PLKN Maut Kemalangan di Km 6 Jln Lama Papar - Kota Kinabalu Sabah 
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- (Gambar) Pramugari MAS Ditemui Mati Di Hotel Raddison Amsterdam Belanda

6 comments:

Myra Jay said...

Ksian tul kepada mangsa bunuh..
Paling sedey of course his family...

Kancilbiru said...

ish ish kesian kan budak tu...huhuhu

aimi nadiah said...

manusia semakin kejam..

Zue AnnaLeeya said...

mmg zalim... takde prasaan langsung... tanam si pelaku tuh sama mcm mangsa... baru dia tau...

Syida said...

15tahun?
ngerinya.

Ena said...

ngerinya kan..

kejam nye budak2 skrg..

moga keluarga kita dilindungi dari segala musibah mcm nie..