Wednesday, January 26, 2011

(Gambar) Banglo 18 Bilik Ummu Jah Di Haramain Mekah

Sejak semlm ada artikel kuar pasal Ummu Jah. Sape Ummu Jah tu ekk? Tgk sini..

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah banglo 18 bilik yang dihuni oleh Ummu Jah, isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad bersama lapan anaknya sejak Jun tahun lalu di Haramain, Mekah.

Menurut sumber, Ummu Jah, 57, perlu mengeluarkan belanja dianggarkan sebanyak RM240,000 (Riyal 294,762) setahun atau lebih kurang RM20,000 (Riyal 24,563) sebulan kepada pihak ketiga untuk banglo yang masih belum dapat dipastikan sama ada dimiliki oleh seseorang atau pihak bank.

Ummu Jah menetap di situ sejak 28 Jun 2010 bersama anak-anaknya hasil perkahwinannya dengan Ashaari atau lebih dikenali dengan gelaran Abuya.

“Siasatan mendapati, Ummu Jah telah membuka dua restoran yang dinamakan Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan. Kita percaya dia mendapat pulangan yang agak lumayan untuk menampung kehidupannya di sana termasuk membayar banglo itu. kosmo

-- (Gambar) Ibu Tikam Bayi Baru Lahir Di Kg Jawa Shah Alam
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

No comments: