ad ld

Thursday, January 6, 2011

(Gambar) Ular Tedung 5 Meter Lintas Depan TV Di Kg Tengah Ulu Pauh Arau Perlis

Apa uols bt klu ular tedung saiz tu msk rumah? Alahai mau lari x cukup tanah la..huhu.. Besau gilerr tu..

Bru perasan td yg kes2 ular tedung besar2 tu berlaku kt Perlis. Bulan lps pn dh ada rasanya msk paper kan. Mybe sbb perubahan cuaca skang ni, byk keluar cari tpt baru..

- ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.


Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.
Sumber: kosmo

2 comments:

Ena said...

Menakutkan sungguh kan!.. nauzubillah..

mamalieyna said...

eeiiii...mintak simpang la lalu2 depan mata ni..takutt la menda2 gini..huhu..