ad ld

Sunday, January 23, 2011

(Gambar) 3 Remaja Ditemui Mati Ditikam Di Kg Solok Binjai Melaka

Semlm kes suspek curi getah beku dipukul, hri ni kes tikam 3 remaja plak. Selamba je dorg bt, apa nak jd lah.. 

ALOR GAJAH 22 Jan. - Tiga sahabat ditemui mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman dan tetakan dipercayai akibat diserang sekumpulan lelaki di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Jalan Paya Mengkuang, di sini malam semalam.

Kesemua mangsa yang berasal dari Taman Paya Mengkuang di sini ialah Chong Sang Keong, 17, Tai Chi Yong, 18, dan Lan Ee Shen, 20.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pada mulanya, pihaknya menerima panggilan awam terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal dan dua mangsa yang cedera di kawasan terbabit pukul 10.45 malam.

"Bagaimanapun, apabila sepasukan polis tiba, kami dapati ada dua mayat bergelimpangan di bahu jalan dengan beberapa kesan tikaman di badan mangsa. "Saya diberitahu, mangsa ketiga, Chi Yong cuba diselamatkan oleh bapanya yang membawanya ke Hospital Terendak, tetapi mati ketika dalam perjalanan," katanya kepada pemberita selepas siasatan forensik di tempat kejadian di sini awal pagi ini.

Menurut beliau, pihaknya percaya, ketiga-tiga mangsa diserang oleh satu kumpulan lain menyebabkan berlaku pergaduhan, namun motif serangan masih dalam siasatan.

"Siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku pergaduhan antara dua kumpulan hingga ketiga-tiga rakan itu ditikam dan ditetak di badan dan tangan. "Bagaimanapun, kita tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian kecuali dua buah motosikal milik mangsa ditemui berhampiran mayat mereka. Kita tidak menolak kemungkinan serangan juga disebabkan dendam," katanya.

Ghee Lye berkata, pihaknya juga masih menyiasat jumlah suspek dalam serangan dan meminta orang ramai melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. Tambahnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa Ee Shan, Lan Soon Heng, 49, ketika ditemui hari ini berkata, dia tidak menyangka anaknya dibunuh kerana remaja tersebut keluar rumah untuk bermain badminton dan bola. "Pada pukul pukul 10.40 malam, saya diberitahu Ee Shan terlibat dengan kemalangan jalan raya. "Apabila sampai di sini, saya terkejut melihat Ee Shan berada di kawasan rumput dekat bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam," katanya.

Menurutnya, ketika itu anak kedua daripada tiga beradik itu masih hidup namun meninggal dunia beberapa minit kemudian sebelum sempat dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, seorang saksi yang enggan dikenali mengakui ada terdengar bunyi bising di kawasan berkenaan pada pukul 10.45 malam. "Mulanya saya ingat berlaku kemalangan, tetapi terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan terus menelefon polis dan ambulans,"katanya. utusan

-- (Gambar) Nur Dania 3 Thn Mati Dgn 73 Kesan Cedera Disyaki Didera
-- (Gambar) Bayi 5 Bln Mati Tercekik Bubur Nasi Di Tmn Putra Perdana Puchong 
-- (Gambar) Gadis Tolak Cinta Disimbah Asid, 'Padan Muka Hang