Salam.. Sedih sgt bila tgk paper hr ni, kes kematian bayi 9bulan tercekik bebola ikan kt Tampin.
Ini petikan dri Utusan Malaysia hari ni:
TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu.
Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan.
"Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi.
"Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan.
Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15 pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini.
"Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan.
"Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya.
Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah.
Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
"Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya.
--> Mmg tersentuh hati tgk kes cmni.. Speechless.. Nauzubillah.
8 comments:
sedihnya... harap2 anak2 kita selamat.. aminn..
apa bangang bebenor taska tu bagi budak besor tu makan fish ball???!!!
ni tahap tak sabar dah kite ni tau. diorang ni keje asal boleh je. hah, lepas ni jawab la korang kat mahkamah.
kejap2 pasal baby kena buang, kejap2 pasal budak kena dera, ni pulak pasal kecuaian. haihh...betul2 buat darah kite ni menyirap je.
salam kenal mama hanim,
sebab tu lah kakyong amik keputusan dok dirumah.. sbb hilang percaya dgn pengasuh...
semoga2 jadi ikhtibar buat pengasuh di taska yg lain... anak2 kurang 1 tahun, sepatutnya disuap semasa memberi makan...
kalo tak suap pun, tolong lah duduk sebelah @ dipantau... memang terkilan sgt2 kalo terjadi hal begini kpd anak kita...
Fiza: tu la, sedih sgt.. semoga anak2 kita sentiasa selamat.. Insya Allah..
puteri: dh byk kali dh kes baby tercekik kt taska. nape still jd cmtu.. dh tanggungjawab tu bt la btul2.. biarlah ikhlas keje tuh..
kakyong: salam kenal, tq sudi dtg sini..
tu la, kerap sgt ada kes cmtu kan. nk buka taska tu bt la kerja elok2.. soal nyawa anak org tu kan..
baby bwh 1thn mmg la, bg apa pun dia telan..
abg ni satu jabatan ngan saya... dia PPD rembau n9.. cian tau.. dahlah dia lambat dapat anak.. bila dapat anak mcm tu plak jadinya.. cian kan..
Diarihatiku1976: kesian dia.. mmg kuat dugaan utk dia kan.. semoga dia sentiasa tabah..
tq sudi dtg sini..
Post a Comment