Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul
Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka
berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak
RM35,000.
Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu
Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh
Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama
& The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif
feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter
(Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet
(Kalau Aku Kaya).