ad ld

Sunday, April 3, 2011

Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

Takziah utk keluarga Seri Bayu yg telah meninggal dunia akibat penyakit saraf jam 8.30 mlm di Hospital Port Dickson N9. Rasanya dh agak lama arwah derita menanggung sakit spt diwar warkan dlm media kan. Al Fatihah.

- Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf. Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal. "Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya. Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan. Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.

Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema. Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu. mstar

-- (Gambar) Rumah Lut Sinar Pelajar AF9 Di Jusco AEON AU2
-- (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar

7 comments:

amal said...

takziah..

dina darwina said...

semoga rohnya dicucuri rahmat

Fatin Sakura said...

al-fatihah

nuriz said...

hilang sorang lagi insan seni berbakat besar

Farra Dhelina said...

alfatihah...

diana said...

Allah lebih menyayangi nya....
alfatihah...

Adyshariz said...

al-fatihah utk beliau