ad ld

Tuesday, April 12, 2011

(Gambar) Juruterbang Helikopter Bell 206 Terhempas, Kapten Sahimi Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kpd keluarga arwah Kapten Sahimi Razali yg telah meninggal dunia mlm td, juruterbang helikopter yg terhempas slps menurunkan 3 penumpang termasuk pembantu khas kpd TPM di Dataran Sibu ptg 11.4.11. Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

- Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi 11.4.11. Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang. Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan. utusan

-- (Gambar) Saga BLM Terbakar Berlanggar Frontier Di Jln Masjid Tanah-Sg Udang, 1 Maut 3 Parah
-- (Gambar) Dua Beradik Diculik Turut Dirogol Sblm Diselamatkan Bapa Di Alor Setar

3 comments:

Lelord said...

alfatihah dan takziah

Unknown said...

al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...amin.

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ said...

Al Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat