ad ld

Tuesday, April 26, 2011

(Gambar) 10 Btg Jari Dikerat Ditemui Dkt Tmn Sri Putra Emas, Ngeri Weh!!!!

Assalamualaikum. Uols makan dlu b4 tgk n3 ni nti x lalu plak kot. Ngeri tgk berita semlm psl 10 btg jari yg dikerat ditemui atas rel keretapi dkt Tmn Sri Putra Emas tu. Mmg ganas, hanya mampu geleng kepala smbil fikir jap apa nasib mangsa lps tu. Tgk plak citer Juvana, perrhhh mmg brutal. Sama2 lah kita berhati hati sokmo walau mana saja berada k.

 - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang Gombak semalam. Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang. Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut. Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki. "Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya. kosmo

7 comments:

Ena said...

astaghfirullahalazim...

miezaniera said...

Ya Allah..ngerinye..

iera said...

huhuhu..ngerinyer..manusia makin kejam..

Unknown said...

masya'allah.....ngeri!!

♥MiZz-siHa♥ said...

ya allah ngeri nye...nasib baik dah lps bfast

Mamasya said...

Seramnya tengok...napalah kejam sgt sampai sanggup potong jari gini.

Syida said...

cite juvana tu mmg lain dari yg lain kan?