ad ld

Sunday, January 16, 2011

JPV Terengganu Nasihat Penternak Ayam Berjaga-Jaga Serangan Penyakit Hawar

KUALA TERENGGANU, 15 Jan -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menasihatkan para penternak ayam supaya berjaga-jaga selepas beberapa kes hawar membabitkan ayam kampung dikesan di sekitar daerah Kuala Terengganu sejak kira-kira seminggu lepas.

Timbalan Pengarah JPV negeri Dr Ahmad Shafri Hassan berkata semua penternak ayam di tempat yang belum dikesan wabak itu di kawasan sekitar Kuala Terenganu, supaya memberikan suntikan vaksin kepada ternakan masing-masing bagi menghindari penyakit tersebut.

Katanya wabak hawar yang membabitkan haiwan ternakan sudah lama tidak berlaku, menyebabkan ramai kalangan penternak yang tidak menyuntik vaksin kepada ternakan mereka sekian lama.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini beliau berkata penternak boleh datang ke pejabat JPV berdekatan dan berjumpa pegawai untuk mendapatkan suntikan vaksin itu.

Sejak seminggu lalu ribuan ayam kampung di sekitar daerah ini mati akibat diserang penyakit hawar, dan kerugian yang dialami penternak dianggar menjangkau lebih RM100,000.

Sementara itu Setiausaha Persatuan Penternak Terengganu Ibrahim Abdul Rahman pula berkata biasanya penyakit hawar ini berlaku selepas banjir, dan menurutnya wabak kali ini agak teruk membabitkan ternakan di kawasan kampung-kampung seperti Pasir Panjang, Panji, Gelong Bilal, Pak Pa, Sungai Derhaka dan Pak Lebam.

"Kami minta para penternak ayam di kampung-kampung sekitar kawasan ini yang belum kena jangkitan wabak itu supaya berhubung dengan pejabat haiwan dengan segera untuk mengambil pelbagai langkah-langkah pencegahan," katanya.

Antara tanda-tanda penyakit hawar ialah ayam menjadi lemah dan paruhnya berair sebelum ia mati. bernama

-- Klik utk: -- Ayam Diserang Wabak Hawar Di Kg Gong Sentul Terengganu

-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

1 comment:

cik dah ganu kiter said...

oo pttla ayam kat umah idah hbis mati..tggl sekor lagi kut...