ad ld

Thursday, September 9, 2010

Sembilan Didenda Sambut Raya Awal Di Perlis

KANGAR 8 Sept. - Akibat terlalu teruja untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri lebih awal, seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Ketua Hakim Syarie, Othman Ibrahim terhadap Shuit Ismail, 51, selepas tertuduh yang juga ketua kumpulan Jamiah Al-Zikri Awwalun mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menyambut lebaran lebih awal.
Pegawai JAIPs (foto) menyiasat kumpulan Jamiah Al-Zikri Awwalun selepas mereka didapati mendengar khutbah dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di sebuah deretan premis yang dijadikan surau di Seriab, dekat Kangar, semalam.
9 individu terbabit ditahan pagi ini di sebuah surau di Seriab, di sini, selepas didapati meraikan Aidilfitri sedangkan tarikh 1 Syawal belum diumumkan lagi. Ketika ditahan, mereka sedang mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh Shuit selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah.
Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) turut mengesan juadah termasuk lemang dan kuih raya. - Utusan

4 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

erkk.. ada juga golongan yang sebegini.. emmm...

selamat hari raya dear.. masih di pejabat nie

Ju@Lucky^Mummy said...

aduhai.. ngalahkn budak2 nak raya awal2..

baincardin said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)

sunglasses said...

walau ape2 pun selamat hari raya di ucapkan