ad ld

Monday, September 13, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati : 4 Suspek Mengaku Pukul Semua Mangsa Hingga Mati

Kuala Langat 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati. Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini. Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti.

Lelaki (foto) yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini. Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar. Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini, Mohd. Bakri berkata, polis kini menunggu siasatan unit forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat kesemua mangsa.
“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu. “Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama. “Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya. - Utusan

No comments: