ad ld

Thursday, September 2, 2010

Darah Di Cadar

Keberkatan dan kesucian Ramadan terus dicemari segelintir remaja yang melakukan kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan hotel murah, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 kelmarin. Dalam 'Ops Gegar dan Sahur' oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4.30 pagi kelmarin, sebanyak 11 pasangan remaja dicekup di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Pasangan berkenaan yang berusia 16 hingga 27 tahun ditahan di persisiran Pantai Sungai Pinang, Georgetown dan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam di sini serta beberapa hotel murah di sekitar Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS). Operasi yang diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, disertai seramai 15 pegawai penguat kuasa JHEAIPP serta pegawai masjid.

Dalam operasi di persisiran Pantai Sungai Pinang, pasukan itu menahan sepasang pelajar tingkatan lima yang sedang berpelukan di atas tembok batu dalam sinaran lampu yang samar-samar. Pasangan remaja berusia 17 tahun itu yang terkejut dengan kehadiran penguat kuasa JHEAIPP, memohon tidak dikenakan tindakan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka. Dua pasangan lagi yang berkelakuan kurang sopan diberkas di kawasan R&R Bagan Ajam. Semua pasangan itu kemudian diberi notis saman untuk hadir ke Pejabat Penguat Kuasa JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Pasukan penguat kuasa turut melakukan pemeriksaan ke atas beberapa hotel sekitar Simpang Ampat dan di sini yang sering menjadi tumpuan remaja untuk melepaskan rindu bersama kekasih masing-masing.

Dalam pemeriksaan itu, tiga pasangan ditahan kerana disyaki berkhalwat, malah seorang daripada wanita yang ditahan, mengaku sudah berzina dengan kekasihnya sejak empat tahun lalu. Ketika pemeriksaan dilakukan, remaja perempuan berusia 19 tahun itu hanya memakai blaus dan berseluar ketat paras paha tanpa memakai coli dan seluar dalam, manakala pasangannya berusia 20-an berpakaian lengkap. "Dalam pemeriksaan itu, pegawai penguat kuasa menemui sehelai coli dan singlet di atas katil dipercayai milik remaja perempuan serta kesan tompokan darah pada cadar tilam," katanya.

Semakan mendapati bilik berkenaan didaftarkan di atas nama ibu remaja perempuan berkenaan dan dipercayai remaja terbabit menggunakan kad pengenalan ibunya tanpa kebenaran untuk mendaftar masuk ke hotel berkenaan. Khairul Azman berkata, pasangan itu yang gagal membuktikan sebarang dokumen pernikahan mereka, dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk laporan tangkapan.- bharian

12 comments:

MrS. F!zA said...

astaghfirullah...

@e_da said...

berani betul diorg ni... nauzubillah

Mama Hanim said...

Mrs.Fiza: Masya Allah.. bt suka hati je kan..

Mama Hanim said...

e_da: mmg x fikir dosa pahala kan.

Ena said...

tak tahu nak kata apa dah kak..

moga keluarga kita dijauhkan dari semua nie..

mamalieyna said...

Astaghfirullah...taktau nk kata apa dah,,sedih..

SyidaGorjes said...

kene ganti puasa sebulan tuuuuuu...sanggup ke?

Ju@Lucky^Mummy said...

adeh... bulan2 pose camni buat benda x elok..

... :( ... sedih..

Bro Framestone said...

bro ada wat entry khas mengenai kejadian ini

if ade mase boleh saja melawat & membacanya
http://www.broframestone.com/2010/09/hancurnya-bangsaku-di-ambang-kemerdekaan/

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Adyshariz said...

mmg dasar hantu..bebudak ni, bulan puasa pon buat maksiat.. geram plak tgk

AYU said...

Ya,Allah, takutnya budak2 sekarang, semoga Allah menunjukkan mereka ke jalan yang benar, agar kembali ke pangkal jalan...Amin.

BIONIC WOMEN said...

xramai dah org hormatkan ramadhan kan? dunia akhir zaman betul....
ape la nak jadi ngan remaja ni..mintak dijauhkan dari anak2 kita