ad ld

Wednesday, September 22, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Rumah Allahyarham Noorhisham Disimbah Cat Merah

Kuala Lumpur 22 Sept. - Kediaman Allahyarham Noorhisham Mohammad, 38, salah seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah.
Isteri dan anak-anak Allahyarham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lepas.

Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Allahyarham Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka. "Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. - Utusan

No comments: