Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang  rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan  sebidang tanah di Pulau Pinang milik   mereka dan dua lagi rakan kongsi. Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh  keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada  seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.
Lokasi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh  suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan  pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan  berkaitan jual beli tanah. Mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.
Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar  modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli  tanah itu. Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya  berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan  yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,”  kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu. - bharian

3 comments:
haih mcm2 ye..sudahnya..semua org tak dpt..alahai..
*Al-fatihah buat semua arwah!
tu la kan kak.. kerana tamak haloba jadi gelap mata.. sehingga sanggup menjadi manusia kejam
wah kes ni dah melarat sampai bnyk kes lain terbongkar...
Post a Comment