ad ld

Tuesday, September 28, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Anak Sulung Sosilawati Kecewa Laporan Media

KUALA LUMPUR 27 Sept: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan sikap segelintir media yang membuat pelbagai andaian berkaitan tragedi pembunuhan ibunya termasuk pendedahan nilai aset syarikat kepada umum. Dia yang lebih dikenali sebagai Rita berkata ada di antara spekulasi yang dibuat membuatkan dia berasa tidak selesa kerana bukan daripada sumber polis sebaliknya pihak lain. “Saya telah memberitahu sesetengah media yang berjumpa saya secara individu. Apa yang nak mahu dikeluarkan mestilah rujuk dengan pihak polis untuk dapatkan fakta yang betul, bukan buat cerita atau dapatkan cerita dari pihak yang mereka-reka cerita,” katanya yang muncul sebagai tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan BERNAMA Radio24.

Rita mendakwa, terdapat juga laporan yang disifatkan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada umum kerana sebab-sebab tertentu. “Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami. “Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya. “Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya. Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka .- mstar

5 comments:

SyidaGorjes said...

kaya pun susah
kalau susah, lagi la susah,
sederhana je la....




hanim dah takmo mkn kepsi lagi ke?dah lama xde n3 pasal si chubby tu.

mamaaerish@eb said...

bk lakukan paper diorg la tuh... hmmmm

Ena said...

betul juga tu kan.. kesian kat anak2 dorang.. ishhh!! media ni tahu nak wat spekulasi jekkk..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

ye la, dorang duk tulis aset mereka yg juta2 kan..
takut penyangak lain lak amek kesempatan..
terancam tu.. huhuhu

BIONIC WOMEN said...

kekadang tu yg privacy tu yg org nak tahu sangat..macam nak jg tepi kain plak jadinya..hahaha

indu si bambam la mama hanim..rindu entry makan2..