ad ld

Friday, September 24, 2010

Guru Bersalin Mati Lps 3 Pembedahan, Kain Kapas Dlm Rahim, Suami Saman HUSM

Salam.. Uols perasan x lately byk sgt berita menyayat hati berlaku di bumi Malaysia tercinta ini. Kes bunuh, buang bayi, rompak samun, dera malah perkara2 yg melibatkan nyawa manusia dh mcm ada je bila tgk paper kan. Terkejut dgn kes budak mati tersepit meja dlm n3 semlm pn still lg ada, tup2 hari ni ada plak kes seorg ibu yg juga guru mati slps jalani pembedahan KALI KE 3 coz KAIN KAPAS TERTINGGAL DLM RAHIM slps bersalin. Masya Allah, klu kita sakit perut coz silap makan pn kdg2 dh terpaksa amik MC, ni kan pula sakit cmtu. Mmg sedih baca artikel ni td..

- Seorang suami meluahkan kekesalan terhadap pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang didakwa cuai dan lambat memberi rawatan kepada isterinya yang bersalin sehingga menyebabkan kematian. Musa Abdul Kadir, 44, berkata isterinya, Aumil Khairri Abd Razak, 44, yang merupakan seorang guru, maut selepas menjalani pembedahan kali ketiga untuk mengeluarkan kain kapas yang tertinggal di dalam rahim selepas melahirkan bayi keempatnya pada 17 Ogos lalu. Aumil Khairri disahkan meninggal dunia dua hari lepas, selepas dua minggu koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Isteri saya melahirkan anak melalui pembedahan kira-kira pukul 7.03 malam, 17 Ogos lalu di hospital itu. "Selepas melahirkan anak itu, isteri saya mengadu sakit hampir beberapa hari dan pada hari kelima selepas bersalin, beliau mengadu sakit keterlaluan menyebabkan saya memaklumkan kepada doktor agar dilakukan pemeriksaan segera terhadap keadaan isteri saya itu," katanya. Beliau berkata selepas memaklumkan perkara berkenaan, pemeriksaan telah dilakukan terhadap isterinya selain menjalani X-Ray. "Selepas ujian X-Ray, saya dimaklumkan bahawa ada objek tertinggal di dalam perut isteri saya dan doktor kemudian meminta kebenaran saya untuk menjalani pembedahan kali kedua yang dilakukan pada 22 Ogos iaitu enam hari selepas pembedahan pertama," katanya. 

Katanya pada pembedahan kali kedua itu doktor berjaya mengeluarkan dua keping kain kapas yang tertinggal di sebelah kiri dan kanan rahim isterinya. Bagaimanapun katanya keadaan isterinya dilaporkan kritikal menyebabkan isterinya itu terpaksa dimasukkan ke ICU selama sehari untuk rawatan lanjut kerana dikatakan mengalami masalah di dalam perut. "Selepas dipindahkan semula ke wad bersalin, keadaannya semakin teruk apabila dia mengadu sakit yang amat sangat sehingga adakalanya meracau seperti diserang histeria dan doktor memberinya ubat tahan sakit sebelum dia tiba-tiba koma tiga hari selepas pembedahan kedua itu," katanya. 

Musa berkata apabila koma, isterinya sekali lagi dipindahkan ke ICU dan terpaksa makan dan minum menggunakan tiub dan pada masa yang sama perut isterinya kelihatan semakin membesar dan kembung. Beliau meminta doktor menjalankan pemeriksaan dan doktor memutuskan untuk membuat pembedahan kali ketiga kerana difahamkan terdapat jangkitan kuman di dalam perut isterinya. Beliau berkata pembedahan ketiga kemudian dilakukan pada 7 September dan dimaklumkan terdapat beberapa kebocoran di usus isterinya. Musa mendakwa, selepas kematian isterinya, beliau cuba mendapat maklum balas daripada doktor terbabit bagaimanapun mereka dikatakan enggan memberi kerjasama. Berikutan kejadian itu, Musa membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, semalam dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap HUSM. - Utusan

--  Takziah utk keluarga arwah.. Al-Fatihah..

9 comments:

sarah-najwan said...

salam...

al-fatihah utk arwah...mcm2 hal skrg..

Misz said...

ngeri bila bca berita2 begini...lebih2 lagi kita org pompuan yg memang berisiko untuk dibedah...
takziah tuk kuarga mangsa..dan al-fatihah.

Syida said...

nauzubillah!mesti sakit sangat....tak bole nak imagine.

AishaAminudin said...

alahai sedey nya..baby tu masih memerlukan ibunya..al-fatihah tuk keluarga mangsa.. teringat member pon penah kene camni, trauma plak rasanya

Ena said...

tu la kan kak.. kesian sungguh!..

kelhome said...

boleh dikatakan kerap jugak kes gini berlaku.. cuai yg tak boleh kita terima

cik puan akish said...

alfatihah...adoyai..siannyer...tu la takot nak beranak kat GH...:(

LYaFRINA said...

sedihnya..
kesian kat baby & juga arwah y x berdosa...

Lelord said...

aduhaiii sakitnya...
al-fatihah