ad ld

Wednesday, September 29, 2010

Main Kutu Haram Di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. Ramai yang tidak menyedari hakikat itu.

Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya. "Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama. - kosmo

-- Glurrppp... harap maklum ye uols..huhuhu..

12 comments:

Malek Ku said...

alah..sesama kita xde halnyelah...hhu

sarah-najwan said...

oh no...abis kalu main2 kutu kt tmpat keje tu mcmane ek?..alahai..

Ena said...

huhu..

tak sangka plak kan!..
ni pun salah.. adoiyaiii!!

ainzuryn said...

ASSALAMUALAIKUM tuan umah... cite pasal main kutu ni, saya dan keluarga serta makcik-makcik serta pakcik-pakcik saya dah lama mengamalkannya. Rasanya dah hampir 10 tahun kteorang main kutu bersambung-sambung. Tak pernah lak ada penyelewengan terjadi malah byk membantu masalah kewangan kami. syaratnya, siapa yg ada keperluan wang pada bulan itu dialah yang dapat untuk bulan itu. Yang lain amat memahami boleh tunggu bulan seterusnya...ok jer

BIONIC WOMEN said...

haram ker....haram di sisi undang2 kalau dijalankan jugak secara kecil2 lan cth dgn family adakah hukum agama akan jd haram..huhuhuhu..confius

Mama Hanim said...

Malek: huhu..

Mama Hanim said...

sarah-najwan: tu la pasal kan.. rasanya ramai dh 'terjebak'..hehehe..

Mama Hanim said...

Ena: samalah kita, bru tahu gak ni..huhu..

Mama Hanim said...

ainzuryn: w'salam.. btul tu, mmg ramai dh terbiasa dgn kutu kan..
ada akta rupanya..

tq sudi dtg blog ni..

Mama Hanim said...

Eily: tak tahu nk jwp apa daaa...huhu..

Misz said...

mati kutu la jawabnya...
hehhehehe