17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira  pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad  kecemasan kerana mengalami tekanan  darah rendah dan masalah jantung  sejak semalam. Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati  semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang  dihadapinya itu.Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor. “Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala. “Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya. - Utusan
-- Al-Fatihah utk arwah.. Takziah diucapkan kepada keluarga M Rajoli.
2 comments:
al-fatihah untuk arwah M.Rajoli!
Al Fatihah...moga arwah di tempatkan bersama org2 yg soleh. Amin
Post a Comment