ad ld

Tuesday, November 6, 2012

Ayamas Nafi Guna Antibiotik Chloramphenicol Dlm Produk

Sejak dua tiga hari lepas keluar berita pasal penggunaan antibiotik Chloramphenicol dlm produk ayam sebuah syarikat terkemuka. Cumanya mcm biasalah, tidak disebutkan NAMA syarikat tersebut dan pasti membuatkan para pengguna tertanya tanya status sebenar. Hari ni pula ada petikan penafian drp sebuah syarikat. Jom tengok apa cer..

- Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) semalam menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran Ayamas sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu. kosmo

-- Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Borang Online
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

6 comments:

ieda said...

masa dgr berita nie .. dah agak dahhh ayamasss huhuh

JaSSNaNi said...

aah.. smlm dah dengar kat berita radio.. mcm2 skrg ni.. nak makan pun tak selamat..

munna said...

mcm2 skrg ni.... selalu gak beli keluaran produk ni... harap2 selamat utk di makan

Mama Hanim said...

ieda: huhu nape la boleh jadi cmtu kan kak..

Mama Hanim said...

Jassnani: Tu la pasal, skang ni mcm pengguna plak nk kena bt test makanan..huhu..

Mama Hanim said...

munna: betul tu, brand femes ramai org guna kan.. harap2 ok je selamat..