Che Lah dikenali dengan taglinenya,' Orang Cantik Pun Pandai Masak Tau' telah tersingkir dari persaingan Masterchef Malaysia 2 di hari ketiga minggu akhir program ini.
Che Lah dikatakan 'Penyeri' yang turut membantu menghidupkan lagi Masterchef dgn celoteh dan gelagatnya walaupun masih ada peserta yg lbh muda dan cantik seperti Etiqa, Izyan dan Nina.
Dua cabaran dilalui peserta dlm sessi ini dgn menyediakan satu masakan bebas dlm masa 30minit. Etiqa, Nina dan Izyan terselamat dlm cabaran pertama tapi Ah Hong, Che Lah dan Along terpaksa jalani cabaran penyingkiran dikehendaki sediakan satu sajian pantas dlm masa 15 minit.
Che Lah gagal dlm ujian ini dan tersingkir dgn meninggalkan 5 lagi peserta terbaik utk meneruskan persaingan merebut gelaran Juara Masterchef Malaysia 2.
- Che’ Lah bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang
anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun
kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia
tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang
sama masih kelihatan cantik dan anggun.
Selalu disalahertikan
kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang
ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf
lima bintang.
Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini
seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan
mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan
membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya.
Che Lah yakin
dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit
kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.
-- Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
No comments:
Post a Comment