ad ld

Thursday, November 8, 2012

Chef Riz Dan Ana Dahlia Bercerai

Simpati jugak dengan situasi Chef Riz dan Ana Dahlia ni, baru 11 bulan perkahwinan mereka dh bergolak. Pepun jodoh pertemuan, ajal maut juga rezeki ditentukan oleh- Nya. Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya, semoga mereka tabah.


- Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia. “Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan. Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu. Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina. “Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya. kosmo

-- Chef Riz Akui Rumah Tangganya Sedang Bergolak
-- Chef Wan Marah Chef Riz - Padanlah Muka Dia, Memalukan

No comments: