ad ld

Sunday, November 25, 2012

Fizuan Tersingkir Masterchef Malaysia 2 8 Terbaik

Masterchef Malaysia 2 kian hampiri kemuncaknya. Fizuan tersingkir meninggalkan 7 lagi peserta untuk meneruskan cabaran bergelar Juara Masterchef Malaysia 2 dan merebut hadiah RM100 ribu. Peluang masih terbuka untuk Etiqa, Izyan, Ah Hong, Along, Nina, Che Lah dan Nora menunjukkan bakat dlm sessi cabaran seterusnya.

Dlm cabaran 24.11.12, peserta dikehendaki memilih satu bahan setiap seorang seterusnya menyediakan masakan Cipta Rasa dgn 6 bahan yg dipilih. Peserta kemudiannya perlu memasak dgn tema Sejuk Beku dan turut diadili oleh juri jemputan dari pihak MyChef. Fizuan kurang bernasib baik apabila tersingkir kali ni. Sedikit mengenai Fizuan:-

Graduan pra-diploma dalam jurusan Perdagangan di UiTM Segamat ini merupakan antara peserta ujibakat yang termuda di Johor Bahru. Di usia 19 tahun, beliau sudah pun mempunyai cita-cita dan impian unik untuk membuka sebuah restoran berkonsep halal di Norway.

Beliau juga mempunyai personaliti yang amat menarik, kelakar dan menawan. Perkara yang paling sedih pernah terjadi dalam hidupnya adalah apabila terpaksa menerima kenyataan yang ibunya telah meninggal dunia ketika beliau berusia 18 tahun.

Minat memasak wujud di dalam diri beliau, apabila dipupuk oleh ibunya sejak kecil lagi. Minat itu kemudian disokong oleh keluarga, terutama abangnya selepas kematian ibu beliau. Antara masakan istimewa yang diajar oleh ibunya ialah sambal bunga kantan.

Beliau gemar memasak hidangan gaya western dan berharap dapat belajar resipi baru dan membawa resipi keluarga sekiranya beliau berjaya membuka restoran di Norway satu hari nanti. Beliau juga mempunyai kemahiran mengendalikan pisau yang tajam dengan baik.

-- Durian Crepe Tengok Sedap Makan Lagi Sedap
-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands

No comments: