Tahniah untuk Nabil Ahmad dan isterinya Nazirah Ayub telah menyambut kelahiran anak perempuan mereka. Bayi perempuan tu lahir awal 3 minggu melalui pembedahan Caesarean di Shah Alam. Semoga kehidupan mereka semakin ceria dengan kehadiran ahli keluarga terbaru tu. Tahniah sekali lagi.
- Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut
kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal
daripada jangkaan. Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum
diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh
jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan
Disember depan.
Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40
pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat
sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.
“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana
tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut
perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu. “Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum
sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada
Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pengacara program MeleTop itu berkata, dia berasa gembira
dengan kelahiran itu turut mengakui debaran untuk menjalani fasa baru
kehidupan sebagai seorang bapa. Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal.
Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa. “InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang
penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,”
luahnya.
Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil
berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu
ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.
“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka
kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat
persiapan untuk bulan depan. “Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan
nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam
Sabtu).
“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir.
Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama,” kongsinya. mstar
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
-- Gambar Elyana Dan Anaknya Cinta
No comments:
Post a Comment