ad ld

Sunday, December 2, 2012

Izyan Juara Masterchef Malaysia 2 Raih RM100 Ribu

Izyan Juara Masterchef Malaysia 2 mengatasi Ah Hong dan Along dalam episod akhir penentuan Juara Masterchef 2 pada 1.12.12. Peserta perlu siapkan masakan untuk para chef juri dalam masa 3 jam. Sebelum itu, Etiqa tersingkir dan tidak dapat turut serta dalam cabaran akhir ini.

Izyan sememangnya antara peserta pilihan kerana sentiasa komited dan mendapat pujian para chef juri dlm kebanyakan episod Masterchef 2 ni. Kemenangan ini membolehkan Izyan meraih hadiah wang tunai RM100 ribu di samping hadiah lain.

Episod akhir ini turut dimeriahkan dgn kehadiran Dr Ezani Juara Masterchef Malaysia 1 dan Datuk Fazdley Juara Masterchef Selebriti.

Izyan juga turut cemerlang dalam bidang akademik kerana menuntut di universiti di Kanada dlm jurusan sains dan bekerja sebagai Geologist. Tahniah untuk Izyan semoga terus maju dan berjaya capai impiannya.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands

1 comment:

kurus said...

tahniah buat izyan

semua masterchef cerdik2 belaka kan .. izyan ahli geologist ... juara dulu ezani adalah DR .. hurmmm alhamdulillah ;)