Friday, February 18, 2011

Honda Malaysia Panggil Balik Kereta Honda City Dan Jazz, Ganti Lost Motion Springs N Retainers

Perhatian!!! Perhatian!!! Para pemilik Honda City dan Jazz yg berkenaan.. Makluman penting utk anda.

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti. kosmo

2 comments:

ieda said...

haaa bahaya nie .. calling2 ..

SyidaGorjes said...

ingatkan mamahanim nak beli beli kete baru tadi.hehehhehe.kalau beli pun bole juga,cun woooo....