Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.
KUALA LUMPUR 12 Feb— Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir, 58, meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar awal hari ini akibat serangan jantung. Allahyarham yang juga Presiden OrphanCARE, meninggal dunia selepas dihantar ke hospital itu apabila pengsan di rumahnya di Lorong Limau Kasturi, Bangsar di sini.
"Allahyarham ditemui pengsan oleh isterinya di bilik air rumah mereka pada 2.30 pagi sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” kata Timbalan Presiden VPM, Siti Jamilah Sheikh Abdullah ketika dihubungi Bernama. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Elya Lim Abdullah dan tiga orang anaknya, seorang lelaki dan dua perempuan.
Jamilah berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor. utusan
-- Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir
-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah
-- (Gambar) Norlia Ghani Diragut, Rugi RM8000 Di Ampang Park
No comments:
Post a Comment