ad ld

Wednesday, February 23, 2011

(Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS Dkt Behrang Tanjung Malim

Tak tahu nak kata apa.. Tgk je lah..

- Kuala Kubu Bharu: Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.


Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing. kosmo

8 comments:

SyidaGorjes said...

jgn makan.haram!

aimi nadiah said...

fuh.. ish ish.. brg free ramai sgh yg nak..

kelll said...

makan makanan haram tu..atas kesusahan org lain..yg tu siap sumbat dlm hilux dia lagi..penuh hilux tu boleh makan 5,6 tahun beras haram

GreenJade said...

eiii selamba badak mcm x rasa besalah amek reta org..

ieda said...

ya tuhan
sungguh x tahu nak cakap apa jugak huhuhu

Mama Hanim said...

Syida: huhu..

aimi nadiah: tu la pasal..

kelll: tanggung sndri la kan..

Tinie: tak dan nak pikir dh kot, asal brg free..

k.ieda: kena jaga asal usul makanan kan kak.. huhu..

brong said...

kena kat keluarga aku x de org nak tlong,sibuk nak kaut beras,agaknye x mampu nak beli beras kot,bt malu je,aku mntk2 kejadian yg same akan terjadi kat keluarga org yg x berhati perut snggup kaut beras dr slmtkan nyawa adk aku

weyna said...

mkn je...kutip2..dr mmbazir...mmbazir itu amalan syaitan.....hll hrm.Allah tntu kn..