ad ld

Wednesday, May 4, 2011

Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar

Pagi2 tgk news online terkejut sat ada kes bunuh di Alor Setar. Lelaki 50 thn tukang masak tikam smp mati gadis 23 thn yg tolak lamarannya utk kahwin. Gadis tu Ratna, baru tamatkan pengajian dlm bidang Sains Nukleas di UKM Ogos 2010. Takziah utk keluarga arwah. Kenapa perlu tikam smp cmtu semata mata x mahu kahwin? Dulu kes gadis mati akibat disimbah asid pn sbb cinta jugak. Apa nk jadi la.

- Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin. Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.

"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya. "Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam. Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010. kosmo

-- (Gambar) Nur Ain Gadis Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid Meninggal Dunia
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk

10 comments:

n!cK said...

dah orang tak nak tuh time la kenyataan..kalau bujang tak pe gak..neh laki orang..adeihh..plak nak bunuh2...donia..donia...

Syida said...

umur je tua, tapi pendek akal.

amal said...

aduh sedihnye....

edane said...

bencinya dengan manusia yang jahat macam nih. tak sedar diri langsung

Zue AnnaLeeya said...

haishhh... trima jerlah klu xde jodoh... takyah smp bunuh org... pendek akal sgguh...

Sofya said...

ish3 dah org tak nak sudah la...

Lizan said...

dia dah biasa pegang pisau, dia ingat budak tu ikan ke hapa nak tikam2 bagai..sian kat kedua-dua family ..alfatihah untuk aruah

Unknown said...

sebab tu kalau tak nak jangan main2kan perasaan orang.tak nak cakap tak nak..bila tak nak jangan dok melayan..

♥MiZz-siHa♥ said...

kesiannye budak tu...

make it free said...

kejam!! org ke binantang ni???/
dan ermmm saye masih baru dalam blog ni, saye dah follow n i hope kalau boleh datang lablog saye,,, http://buatduitorangmalaysia.blogspot.com/ , bukan pasal duit pun,,, terima kasih kalau sudi follow

-kawan2 lain kalau terbace ni terima kasih kalau awak visit,,,