ad ld

Wednesday, January 9, 2013

Spotcheck Hanim Di Sekolah Barunya

Ini citer Hanim kat sekolah baru nya, hari kedua masuk darjah 1. Hari tu smp school 7.20am, tggu till 7.35am tgk Hanim beratur bersama semua murid darjah 1 ikut kelas masing2 sblm naik ke kelas di tingkat 3. Tinggi tu penempatan murid darjah 1. Pastu jumpa cikgu, katanya masa rehat kul 9.45am boleh la datang tgk plak.


9.40am kembali ke sekolah tu, En Ery kata main sorok2 skit, perhati dulu Hanim dari jauh tgk cmne dia boleh berdikari ke tak. Duk intai2 kat kantin tu lama gak coz murid darjah 1 ramai ada 4 kelas. Pastu En Ery kata tu Hanim duk Q beli something tu. Amboi gegirl mama dh pandai beli kat kantin baru hari kedua school. Siap beli nasi ayam tu. Pastu nmpk dia letak nasi kt meja then gi sinki basuh tangan. Tadah tangan baca doa baru makan. Alhamdulillah, rasa nak menitis air mata tgk moment tu, dh besar gegirl mama papa, dh pandai berdikari dan berani. Well done Hanim.


Pastu baru mama papa gi dekat Hanim, mama tutup mata dia dgn tangan dari belakang. Terkejut dia tgk kami datang. Spontan dia,' Hai mama papa. Nape mama papa datang plak ni? Hanim ok je la kat school ni. Jangan la risau. Mama Papa pergi la balik.

Amboi2 siap suh mama papa dia balik. Bertuah betul ini budak..hehe. Jadinya 10am kami balik, dgn perasaan gembira dan syukur Hanim berjaya suaikan diri di sekolah barunya. Tak la seperti stigma biasa orang kata, anak sorang selalunya berperangai manja over kan..hehe.


Dan balik plak kul 1 ada upahnya,' Mama Papa, Hanim behave kat school hari ni kan, nak KFC boleh tak? Redha je lah.  - Camne persekolahan anak uolls?

-- Tahun Baru 2013 Hanim Imej Baru
-- Sekolah Rendah Darjah 1 Hari Pertama Hanim

9 comments:

-Sara- said...

alahai shomelnyaaaa :)

Mama Hanim said...

Sara: hehe..tq aunty..

Kniedaz said...

pandai berdikari, kita pun rasa lega..taklah asyik fikir camna la anak kita..makan ke tak...hehe

GreenJade said...

oh mcm x percaya dh besar anak angkat auntie ni..lama juga kite kawan di alam siber ni ya Wani..dok tengok progress Hanim dr kecit mmbam2 smpai le dh besar panjang melidi ni..makin somel ini budak..hehehe :)

pena rozie said...

Alhamdullilah tak buat perangai die ek.....

Mama Hanim said...

Kniedaz: betul tu, rasa lega sgt Hanim boleh berdikari kt sekolah, satu bentuk nikmat kan.

Kalo x mesti risau cmne keadaan dia.

Mama Hanim said...

GreenJade: ye la auntie Tinie. Kenal since auntie blom tunang, then Tinie kawin smp skang dh ada Hakim tu. Cepat masa berlalu, pastu nk dating kt s.alam asyik x jadi plak tu..huhu.

Tq Auntie sudi selalu layan citer Hanim..hehe.

Mama Hanim said...

pena rozie: Alhamdulillah, satu bentuk nikmat ketenangan tu kan.. lega sangat.

Syida said...

hanim dah skolah?
macam tak caye je budak kepsi ni da skolah
ahahahaaa