Tuesday, January 8, 2013

Sembilan Tahanan Penjara Pulau Pinang Lolos Lepas Pukul Polis Dalam Van

Takut woo mcmane boleh jadi cmtu agaknya. Memang tindakan nekad tu siap pukul polis dan larikan diri gunakan van polis dgn membawa bersama dua anggota polis pengiring.

- Sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini, meloloskan diri dengan melarikan van polis dalam kejadian pukul 9.30 pagi Isnin.

Dalam kejadian berhampiran Pantai Bersih, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) itu, mereka turut melarikan dua anggota polis pengiring sementara dua lagi iaitu pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis, seorang tahanan dipercayai bertindak memukul anggota polis yang memandu van itu dari arah belakang, memaksanya berhenti di tepi jalan.

"...pemandu dan yang duduk di sebelah pemandu kemudian ditolak keluar daripada van itu sebelum seorang tahanan yang dipercayai garinya telah terbuka bertindak memandu van tersebut dan membawa dua lagi anggota polis yang duduk di belakang," katanya kepada pemberita.

Polis menemui van itu ditinggalkan di Padang Cempedak, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, katanya menambah polis kini menjejaki sembilantahanan dan dua anggota polis yang dilarikan berkenaan. mstar

-- Facebook Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah - SPRM
-- Rebat RM200 Beli Telefon Pintar Tiada Had Harga

2 comments:

Kniedaz said...

banyak roadblock sekarang ni kat area tu..polis tengah cari diorang huhu

ieda said...

mak aihhhhhhhhhhhhhhhh

macam berlaku di ktn suatu ketika dulu .. kecut perut semua warga kuantan !